Kelas e-Learning (Crosswords dan Word Puzzles)

25 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Isnin, 24 Disember 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas e-Learning iaitu ‘Crosswords dan Word Puzzles’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menguji kecerdasan dan pengetahuan peserta dalam mencari perkataan daripada Crosswords dan Word Puzzles.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta dikehendaki menyiapkan dan mencari semua perkataan daripada Crosswords dan Word Puzzles yang boleh didapati daripada internet. Setiap peserta akan mendapat Crosswords dan Word Puzzles yang berbeza bagi memberi lebih cabaran kepada mereka dalam menyiapkannya.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali